Posts

Sempurna

Image
Pastinya semua orang ada impian dan keinginan. Begitu juga saya. Boleh tahan banyaknya impian dan keinginan. Semangat berkobar-kobar. Motivasi pun boleh dikatakan dah ada.  Tapi sering bertangguh mengharap masa paling sesuai. Hari yang paling sempurna katanya. "Suatu hari nanti saya mesti akan buat begini...begitu....bla bla bla" "InsyaAllah ... one fine day ...saya mesti berjaya buat begitu dan begini..." Betul-betul angan mat jenin! Saya sebuk menunggu satu hari yang paling sempurna untuk saya betul-betul all out kononnya. Sedangkan satu hari yang sempurna itu mungkin tak akan datang pun. Bila difikir-fikir, tidak akan ada satu hari yang sempurna. Saya yang patut berusaha menjadikan hari itu sempurna; sesempurna yang mampu. Betullah, rupanya orang yang berjaya itu tidak menunggu. Bertangguh tidak boleh ada dalam kamus hidup. Rupanya awal-awal lagi agama telah mengajar untuk bertindak segera. Apabila azan berkumandang memanggil menuju kejaya...

Pilihan vs Gangguan

Image
Gangguan atau distraction dalam kehidupan mungkin bukanlah perkara baru. Namun yang pastinya ianya lebih significant atau ketara kepada generasi alaf baru ini. Internet, telefon bimbit, televisyen, dan kelajuan kemajuan teknologi dan aliran maklumat telah mencipta persekitaran di mana gangguan mengelilingi kita setiap saat sepanjang hari - dari saat kita bangun hingga saat kita menutup mata pada waktu malam. Betulkah begitu?  Jika ditanya kepada diri saya sendiri, ya memang benar begitu. Tambahan lagi dengan kebiasaan arahan kerja dan seribu satu persoalan dan maklumat yang tak henti-henti disampaikan melalui entah berapa banyak group menggunakan aplikasi whatsapp mahupun telegram. Dan mungkin ada lagi pelbagai aplikasi lain yang lebih canggih yang saya tidak tahu.  Gangguan atau distraction boleh merujuk kepada apa sahaja yang boleh mengambil alih perhatian dan tenaga kita dari perkara yang penting. Biasanya ianya berlarutan bagi jangka masa panjang. Contoh lai...

Salam Shawal

Image
Kemenangan bukanlah satu kebetulan. Kemenangan adalah hasil kerja keras, kegigihan dan pengorbanan. Salam Aidilfitri. Salam Kemenangan.

17.06.17

Image
Sumber : Google

Salam Ramadhan

Image
Bagaimanakah kita melihat Ramadhan? Sekadar tidak boleh makan dan minum? Bazar Ramadhan yang meriah dengan pelbagai juadah? Tarawih dan moreh? Apa yang nak makan untuk sahur? Jemputan berbuka puasa dan segala macam tawaran buffet Ramadhan? Malam tujuh likur pasang pelita? Lawan meriam buluh satu kampung? Rancangan masak-masak? Kuih raya dan segala macam jenis kerepek? Jalan sesak dan orang ramai berlumba-lumba membeli belah persiapan raya? Baju raya, kasut raya, beg raya, langsir dan perabot raya? Adakah Ramadhan hanya sekadar untuk menikmati kemanisan berhari raya? Atau mungkinkah Ramadhan sebagai bulan penyucian jiwa dan mempertingkatkan nilai kita sebagai hamba-Nya? Apakah sebenarnya makna Ramadhan?  Pasti definasinya berbeza-beza di antara kita. Salam Ramadhan.

Wordless Wednesday

Image
Sumber : Google Sumber : Google

Apa yang facebook cuba sampaikan?

Image
Perasan tak tentang kemunculan bunga berwarna purple di facebook? Dulu pernah ada sekejap kemudian hilang, baru beberapa hari ni bunga purple ni muncul semula kan. Bila saya click rupanya bunga purple ni bermaksud grateful; maknanya terima kasih atau penghargaan. Yang seronoknya bila kita click, bunga2 purple tu akan bertebaran di screen facebook kita...cantik kan. Bila saya cuba beberapa kali, saya rasa happy...sweet sangat.  Seperti ianya mengajar kita bahawa apabila kita buat sesuatu yang baik yang mampu menggembirakan orang lain, kebahagiaan dan rasa gembira itu akan datang semula kepada kita. Selamat mencuba! Sebarkan kebaikan dan kebahagiaan!