Posts

Showing posts from February, 2020

20.02.2020

Image
Al - Fatihah (dibaca) buat semua yang telah pergi mendahului kembali pada-Nya.

10 teknik meredakan tekanan

Teknik-teknik meredakan tekanan atau stress yang dipercayai dapat mengalihkan fokus kita daripada tekanan yang sedang dihadapi. 1. Letakkan kedua2 belah tangan ke dalam besen berisi air. Fokus kepada suhu air dan rasa sentuhan air dengan tangan. Boleh cuba berselang seli menggunakan air sejuk dan air suam. 2. Sentuh barang2 yang ada berdekatan. Fokus pada warna dan teksturnya. Cuba rasakan sama ada ianya berat atau ringan? Lembut atau keras? Sejuk atau panas? Beri perhatian juga warnanya.  3. Tarik nafas dalam2 dan lepaskan. Fikir atau sebut "in" "out" dengan setiap tarikan nafas. Hayati setiap sedutan dan hembusan nafas. 4. Makan atau minum dengan penghayatan. Fokus pada setiap kunyahan atau tegukkan minuman. Nikmati setiap rasa dan baunya tanpa terburu-buru.  5. Pergi berjalan-jalan dengan santai. Fokus pada setiap rentak langkah. Boleh juga sambil membuat kiraan. Hayati setiap pergerakan. 6. Pegang seketul ais. Bagaimana rasanya? Berapa lama ...

01.02.2020

Image
 Hidup ni kadang-kadang boleh juga diibaratkan macam main playdough. Kita buat bentuk seperti yang kita nak, yang kita pandai buat dan yang kita mampu buat. Bentuk kita pasti berbeza dengan orang lain. Serlahkan kreativiti dalam mencorakkannya. Gunakan juga playdough pelbagai warna sebab kalau satu warna je mesti bosan kan. Kalau bentuk tu tak jadi, buat semula sampai puas hati.  "We're all just one small adjustment away from having the life we want"  - George, How Do You Know Movie