Apakah yang paling diingati?
Masih ingat kenangan zaman kanak2? Pastinya ada kenangan manis, pahit, sedih....yang kelakar pun mesti ada. Pastinya banyak kenangan kan, bila dingat2 semula...mungkin bercampur-baur perasaan agaknya. Antara kenangan2 tu, apa yang kita paling ingat? Peristiwa? Barang2 atau hadiah2 yang kita dapat? Apa yang perasaannya akan kita bawa sehingga kini setelah meningkat dewasa dan mungkin juga apabila telah menginjak ke usia senja? Saya masih ingat ketika pertama kali mendapat sebuah beg galas berwarna kuning. Saiznya sederhana, bentuknya seakan2 segi empat dan agak keras. Beg itu sebenarnya mak dapat percuma daripada pembelian barang lain. Tapi saya tak ingat apakah barang yang mak beli masa tu. Saya sangat sayangkan beg pertama saya itu. Itulah beg paling cantik pada saya. Saya memakainya sehingga darjah 6 tanpa jemu kerana saya tahu bukan mudah untuk mendapatkan beg lain memandangkan keluarga kami bukanlah orang senang. Saya jaga betul2 beg saya supaya tidak rosak. Walaup...