Posts

Showing posts from January, 2014

Manusia vs mesin

Dialog di antara saya dengan pegawai Unifi dalam usaha menyambungkan semula talian Unifi yg telah disekat sebab ada bil tertunggak hehe. Sebelum saya call tu mmg rasa geram jugak sebab baru tertunggak sebulan je pun, itu pun nak sekat. Saya pernah tertunggak dua bulan (hehe ni kes tak sedar diri nak bayar bil lah ni...), tapi ada pegawai yg call saya untuk buat bayaran secepat mungkin supaya talian tak disekat. Tapi kali ni? pergghh...geram lah jugak rasanya... ok, sebelum call TM, buat pembayaran dulu melalui Maybank2u...haruslah kan? kalau tak bayar, sure takleh sambung balik talian.. "....(kata2 aluan oleh mesin...mcm biasa tu)..." "Ya cik, boleh saya bantu" "Saya nak buat semakan akaun. Akaun saya suspended kan. Saya dah buat pembayaran tadi melalui Maybank2u" "Pukul brp ya cik buat bayaran?" "Baru je, dalam 5 ke 10 minit sebelum saya buat panggilan ni" "Sebelum tu, saya nak buat semakan sikit. Boleh beri saya no ...

Teringinlah pulak ;)

Image
(gegambar credit to google) confirm anak lelaki saya takkan naik kereta saya...hehe ;)

Cuba cernakan info ni kejap

Image
The Science of Happiness  (masa subjek sains kat sekolah dulu, takde pulak cikgu sains saya ajar ni hihi...) Kebahagiaan dan kegembiraan mmg membawa maksud yang berbeza-beza bagi setiap orang. Betul kan? Tetapi secara biologi dan psikologinya, terdapat kajian dilakukan untuk mengenalpasti faktor2 yang boleh menyumbang kepada rasa gembira itu sendiri walaupun secara general. Kita kan sama spesies...spesies manusia...kan kann... Tahu tak negara manakah yang tahap kegembiraan penduduk2nya adalah tinggi berbanding negara2 lain? Ada 5 negara iaitu Denmark, Norway, Switzerland, Netherlands dan Sweden. Malaysia ranking ke 56 dari keseluruhan 156 negara. Jom kita cuba cernakan info2 dalam Infographic ni kejap. Nota: 1) Bahagian otak yang bertanggungjawab untuk rasa gembira dan memories namanya Hippocampus (bayangkan sebuah campus yg penuh dgn hippopotamus aka badak sumbu haha) 2) Serotonin iaitu hormon yang membantu dlm mood, learning etc tu biasanya...

Formula mukasurat juzuk Al-Quran

Image
Pagi tadi terdengar di IKIM.fm. So, kongsikan di sini supaya boleh dirujuk di masa2 akan datang dan untuk perkongsian bersama. Sharing is Caring. Formula mengetahui muka surat juzuk2 dalam Al-Quran. Contohnya, jika kita nak tahu juzuk 5 berada di muka surat berapa? Formulanya: [(Bil. Juzuk -1) x 2] = Jawapan. Kemudian, jawapan tersebut diletakkan no.2 di hujungnya. Jom kita try test. Nak tahu mukasurat juzuk 5 tadi kan? (5-1) x 2 = 8 mukasurat 82 Haaa...betull...;) Ni saya tgk di Al-Quran tafsir...sama juga jawapannya Semoga bermanfaat.

Subhanallah....sangat cantik (unbelievable!)

Image
Subhanallah...dunia ini memang penuh dengan keajaiban. Terima kasih kepada juru gambar profesional mahupun amatur yang sentiasa mencuba mendapatkan gambar2 sisi dunia ciptaan Allah yang sangat indah ini lalu diabadikan melalui lensa2 kamera mereka. Keindahan2 alam ini kebanyakannya dapat dilihat secara semulajadi manakala ada diantaranya telah diubahsuai. Contohnya, pembentukan terowong romantis daripada orkid2 liar di Jepun. Tidak hairanlah jika dikatakan pengembaraan adalah salah satu bentuk rekreasi terbaik....melihat gambar2 ini sahaja sudah boleh menjadi salah satu terapi minda ;) Jom hayatinya! Tunnel of Love, Ukraine (gambar credit to Oleg Gordienko ) Sebenarnya tempat ini adalah merupakan salah satu daripada terowong keretapi di Ukraine. Pokok2 dibiarkan tumbuh secara bebas dan perjalanan keretapi ulang-alik ke Kleven village forest  tiga kali sehari adalah satu2nya yang membentuk terowong ini!  Ladang Tulip, Netherlands (gambar credit ...

Rehat sekejap..

Image
Salam Jumaat semua ;) Hari ni bukan Wednesday tapi hari ni saya Wordless hihi ;) Ada audit ISO pulak tu...mmm tak best..tak best.. Rehatkan fikiran jap sebelum diaudit. Salam sayang semua! (credit to FB Ustaz Pahrol)

Dapatkan kad menarik ni (terutamanya bagi peminat Chatime!)

Image
Saya rasa nak dapatkanlah   kad yang menarik ni   ;) Tengoklah tempat2 yang korang boleh guna kad ni...banyak kan! Boleh guna kat Kenny Rogers, Chatime, Papa Johns, Krispy Kreme, Rasa Utara... etc etc...banyak tu outlet boleh guna...best3 ;) Promotions pun banyak ni.. Sebenarnya kad ni boleh didapatkan di Caltex Journey Card ni partnership dengan BCard  Jomlah apply...macam menarik kan? Dapatkan info lanjut di  SINI   ok ;)

Jawapan teka teki

Image
Terima kasih tak terhingga kepada yang sudi teka ya, saya amat menghargainya. Saya harap korang semua tak marah sebab : 1) Saya takde sediakan hadiah pun macam yg blog2 lain buat. InsyaAllah akan belajar lagi dari sifu2 blogger yang lain.  2) Entah apa2 jek jawapan teka-teki tu nanti....huhu. Ampunnnn.... ! ok janji2... lain kali saya tak buat lagi ehhh... (semua gambar googled) Hadiah saguhati dalam bentuk virtual ni saya bagi kat semua yg sudi singgah, baca dan komen ;) Hadiah utama secara virtual ... diberikan kepada  Farah Blog Mrs.Secretary   kerana telah menjawab dengan betul ;) Jawapannya ialahhhh ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ Botol air anak saya! Lariiiiiiiii....

Teman tidur ;)

Image
Sempat grab ni pagi tadi. Baju yg anak saya pakai malam semalam. Baju si adik je bawak...baju si abang dengan baju ayahnya tak bawaklah...hehe Bolehlah buat saya teman tidur malam ni ;) Tak sabarnya nak balik esok...ish ish teruk betul ibu sorang ni :p

Bersiaran dari Seremban ;)

Image
Assalamua'laikum. Salam mesra. Tak sempat nak update blog. Semalam busy berkemas2 sebab hari ni nak pergi kursus. Now bersiaran sekejap sementara tunggu lunch. Tak sempat lagi nak bagi jawapan entry teka-teki sebelum ni. Saya nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yg sudi singgah blog yg tak glamour ni, sudi jadi kawan dan sudi komen ;) Terima kasih yg tak terhingga... Kat bawah ni gambar yg saya sempat snap pagi tadi masa tgh driving...opss masa ni jln clear xde kereta ok... Kalau sempat, saya bagitau jawapan teka-teki tu nanti yek...;) Salam sayang...

Cuba teka kat mana ni?

Image
Cak! Salam sayang semua ;) Nak buat entry teka-teki pulak kali ni hihi... Kat mana agaknya gambar kat bawah ni di ambil? Harap2 adalah yang sudi nak teka yek :p

Motivasi Kurus : Mungkin ini boleh membantu

Image
Berat badan saya agak plateau.. Dah kurang makan pun x turun berat, joging pun x turun berat, puasa pun x turun berat... Tak tahu dah nak buat apa masa tu. Tapi sejak saya amalkan minum air lemon tanpa gula, baru ada perubahan sikit. Tiba2 timbang dah turun dalam 2 kilo, alhamdulillah ;) Mungkin boleh membantu sapa2 yg nak turunkan berat juga...bolehlah try yek...

Fokus lebih kepada cermin depan

Image
Salam sayang semua ;) Banyak juga hal2 yang tak berapa best berlaku semalam. Mesyuarat di ofis sehari suntuk dari pukul 9 pagi hingga 5 ptg. Tengahari dapat call dari mak....mak tak dpt datang ke rumah saya spt yg dia rancang sebab terpaksa menjaga anak2 saudara saya yg demam. Kecewa lagi anak saya nak berjumpa dengan neneknya. Bukan senang nak jumpa memandangkan mak saya masih lagi bekerja dan mmg agak susah bercuti.  Kemudian husband call. Menyampaikan berita yg jauh lebih buruk. Sehingga melibatkan peguam dan mahkamah. Dia teraniaya tetapi utk fight bukan mudah memikirkan kos guaman yang tinggi. Memang hidup tak selalunya adil. Orang yang kaya dan berkuasa senang2 saja nak menindas org2 biasa macam kami ni. Sedangkan orang yang mencuri kerana lapar pun dijatuhkan hukuman, inikan pula kes dianiaya majikan yang kaya dan berkuasa. Semoga kami dapat mengharunginya dengan tabah. Ya Allah, permudahkanlah. Habis mesyuarat cepat2 balik sebab dah terlambat setengah...

Simple2 saja ;)

Image
Gambar2 kredit to husband yang sakan ambik gambar keliling rumah sebab nak test camera handphone ;) Kata2 tu milik tuan punya yang namanya saya nyatakan di situ... Hargai sisa2 hidup ini selagi boleh. Mudahkan selagi boleh, mudahkan urusan orang lain, jangan disusahkan. Semoga Allah permudahkan kehidupan kita yang hanya sementara ini. Sampai masa kita akan pulang, semoga dipermudahkan...insyaallah...amin.

14.1.14

Cantik tarikh hari ini Secantik cuaca yang mendung dan nyaman seakan turut meraikan Secantik penghayatan hari ini sempena sambutan kelahiran junjungan Nabi Muhammad s.a.w Salam Maulidur Rasul

Permulaan tahun yang bengang

Image
怒った (Japanese) arg (Swedish) கோபம் (Tamil) โกรธ (Thai) kızgın (Turki) غاضب (Arab) arrabbiato (Italy) angry (English) (translation credit to Google translate...hehe) (gambar googled) Hari ni memang bengang bila... Masuk kali ni dah banyak kali saya kena buat keje portfolio orang lain..sedangkan kerja2 saya banyaaakk sangat lagi nak kena selesaikan. Kena buat kerja orang satu hal...kena pergi mesyuarat pulak jauh kat seremban...3 hari pulak tu. Saya paling benci mesyuarat.....tak suka...tak suka dan tak suka sebab... Saya tak faham kenapa mesyuarat kena buat jauh2...ofis kat selangor, mesyuarat kat seremban. Saya dah tahu sangat kalau lepas mesyuarat kadang2 takde pun kata putus utk sesetengah perkara.. Saya tak suka bila kadang2 boss2 suka bergaduh masa mesyuarat Ramai yang hipokrit, depan semua manis, belakang mengata Saya tak suka dorang lebihkan  melawa masa mesyuarat....saling bertegur2 baju siapa yang lebih banyak manik... Saya ...

Antara punch card dan mood anak2

Hari ni dah lah hari Isnin. Nasib baik tak pakai baju biru hari ni. Pukul 5.30 pagi dah bangun. Mandi. Tak lupa gosok gigi hehe... Semua baju pergi keje saya dan husband, anak2 semua dah siap bergosok. Beg sekolah siap, beg nursery siap, bekal minum siap. Stokin dan kasut tinggal disarung je..huhu complete. Semua preparation dah siap sebab saya kena punch in pukul 7.30 pagi memandangkan anak saya habis sekolah pukul 3.30 petang. Jadi terpaksa pilih balik pukul 4.30 petang. Itupun anak saya terpaksa tunggu satu jam. Tahun lepas saya masuk pukul 8 pagi dan balik pukul 5 petang. Kesian sangat saya tengok dia menunggu lama. Lagipun bila keluar pukul 5 tu dah start jam, sampai di sekolah dia pun nearly 5.30 ptg, dalam 2 jam jugak dia menunggu.  Pernah naik transport pagi2 tapi van tu dah stop service pulak. Nak ambik van balik sekolah kena hantar nursery pulak. Transit dalam sejam dua sebelum saya balik dari kerja tapi anak saya tak seronok pulak. Dia lagi sanggup tungg...

Sindrom tak nak keje...

Image
Pagi2 Ahad je dah start gabra sbb teringat esok keje. Malam nanti lagilah mood ke laut...hehe. Ishhh teruk...teruk.... Kalah budak sekolah... (Gambar2 kredit to google) Apa yang saya harapkan hari Ahad ni Apa yang saya lakukan sebenarnya hehe.. Takpelah....yg penting lagi best dari nak pegi keje esok... Huhu...bilalah agaknya boleh kerja dari rumah je....mmmm

Simply Saturday

Image
(Gegambar kredit to google yek)

Mungkin ini berguna bagi penulis novel

Image
Ditulis oleh Carl Golden. The 12 Common Archetypes.  Writers can use these 12 Archetypes to create characters  Mungkin ini berguna untuk mencipta watak dalam novel kot seperti penulis teks ni mention kat atas tu. Saya tertarik dengan artikel ni sebab huraian2 yang terperinci tentang satu2 watak tu. Siap dengan motto, core desire, strategy etc.  Mesti setiap daripada kita tergolong dalam salah satu watak2 seperti di bawah ni kan. Dua hari lepas ada mention di berita2 yang dari kajian di beberapa tempat didapati 12% daripada murid2 sekolah pada tahun 2014 ini bercita2 menjadi pelakon. Aduhaiii...begitu kuat pengaruh pelakon2 dan selebriti ke atas anak2 kita nampaknya. ok, parents...apa kata kita bagitau je kat anak2 kita ni yang nak jadi pelakon tu tak perlu lah dijadikan cita2. Sebabnya? Sebab memang kita ni dah memang pelakon dah pun kannn... Pelakon di pentas dunia...hihi.. So, jom kita tengok kita ni masuk di bawah kategori mana agak2nya. Tepat ...