Saya nak tukar profesion!
alkisahnya.... Semuanya bermula pada minggu lepas apabila sepanjang minggu saya perlu mengemaskini slaid2 untuk presentation di satu mesyuarat yang telahpun berlangsung semalam. Dalam keterujaan saya untuk menelaah fakta2 dan rujukan2 yang berkaitan, semangat saya sedikit sebanyak tergugat dek sikap dan kritikan tidak membina yang ditunjukkan oleh sesetengah individu. Namun itu bukanlah isu utama kerana bak kata pepatah "kita tak hidup dek puji dan tak mati dek keji"...huhu...intro yang sangat serius...(bayangkan saya sedang tersenyum sambil menaip entry ini ya....) Ya, memang pendapat orang lain juga penting kerana kadang kala kita sendiri tak perasan kesilapan yang kita lakukan, bukan? Namun keadaan itu membuatkan saya terfikir, mengapa kita suka menyusahkan jika ada jalan yang lebih memudahkan. Oppss tapi jangan salah sangka ya, ini bukan kes ambik mudah sesuatu kerja....tapi katakan matlamat yang perlu dicapai adalah sama, cuma jalannya yang berbeza, mungkinkan kita...