2019
Seakan sedikit sentimental akhir tahun ini. Akhir tahun 2019. Seperti 20 tahun yang lalu bila kita akan tinggalkan 1999 menginjak ke tahun 2000. Cepat masa berlalu. 5 tahun akan datang, 10 tahun, 20 tahun, menjelang 2030 di mana agaknya kita. Itu semua rahsia Allah. Bagi saya, tahun 2020 akan menjadi tahun yang mencabar. Anak-anak akan berdepan dengan exam penting. Boss baru mungkin akan membawa perubahan dan expectation baru. Apa-apa pun, pastinya kita semua mengharapkan yang baik-baik sahaja untuk hari mendatang. Yang bermula pasti berakhir. Tahun cuma angka. Pengalaman dan kenangan moga terus menjadi pedoman. Terima kasih 2019!