Rupanya bukan sekadar giveaway...
Sekejap ada, sekejap hilang Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana mengambil masa yang lama untuk mengumumkan pemenang. Nampaknya ciri-ciri nak jadi blogger berjaya tu memang belum ada hehe... Blogger lain dah berkoyan-koyan buat giveaway, saya yang baru first time buat ni pun, punyalah ambil masa lama nak umum pemenang ;p Baru faham maksud giveaway Selama saya berblogging sejak tahun 2011 ni, baru 3 kali saya join giveaway...actually 3 tu je yang sempat, yang lain tu sudi cuma masa tak mengizinkan (sekali lagi tiada ciri-ciri blogger berjaya hehe). Bila first time nak buat giveaway, memang fikir lebih dari dua tiga kali...sebab rasa macam...ishhh ada ke orang nak join, entah-entah entry giveaway ni akan terbengkalai tanpa sambutann... Mungkin fitrah lah tu kot, rasa ragu2 sikit, fikir negatif sikit.... Tapi kemudian tu, dah masuk dah rasa "kalau tak mencuba, macam mana kita nak tahu hasilnya macam mana"...usaha lepas tu tawakkal je lahhh... ...