Menurut Laurie Nadel, seorang pakar psikoterapi yang dulunya adalah seorang wartawan politik, dia mengurangkan kebimbangan mencari dirinya sendiri di dalam persekitaran yang tidak menentu dengan menulis; bukan sahaja untuk penerbitan, tetapi juga untuk dirinya. "Saya fikir jika saya boleh terus menulis, saya masih selamat”. Kemudian, melalui fasa di mana beliau didiagnos dengan penyakit, penceraian, dan beberapa siri peristiwa yang membuat kehidupan beliau kelihatan tidak tentu arah, Nadel sekali lagi menulis pemikiran dan kebimbangan beliau. Lima tahun selepas kejadian buruk ini berakhir, beliau membaca semula jurnalnya yang pernah ditulis sebelum ini. "Apabila membacanya semula, saya sedar bahawa saya telah melalui beberapa fasa kebimbangan" kata Nadel. "Jurnal ini menunjukkan kepada saya di mana saya telah bermula dan berapa banyak yang saya telah capai." Rentetan daripada itu, Nadel, seorang penulis buku bertajuk Zen and the art of Windsurfing , kerap...