Salam tahun baru 2016! Walaupun dah terlepas keretapi, dah masuk 6 haribulan, tetap nak wish jugak kan...hihi. Apa ada pada tahun baru? Dengar perkataan BARU je harus semua orang seronok. Apa-apa yang baru haruslah seronok. Dah tahu dah. Tapi permulaan Januari di tahun baru belum tentu best especially bila cuti sekolah dah berakhir. Dan bermulalah semula episod sendu pelbagai ragam anak-anak bersekolah. Terutama sekali ibu-ibu yang harus merempit menjadi supir tak berbayar. Tahun ni memang agak mencabar. Awal-awal dah kena selalu ingatkan hati supaya lebih tabah huk huk. Yang pastinya tahun ni, perlu bangun tidur seawal 5 pagi kalau tak anak saya ke sekolah tanpa bento lah nampaknya, takut-takut diganti pulak dengan muncung panjang sebab tak nak beli makanan di kantin. Tahun ini jugak saya kena tabah memantau anak lelaki yang dah masuk fasa remaja. Aduhai, suspens tau! Tahu sajalah, cabaran anak-anak remaja zaman sekarang. Yang pasti tahun ini perlu ...