Posts

Heart and Seoul

Image
There are days when I find myself missing Seoul especially the autumn air. That quiet kind of beauty that doesn't try too hard. The leaves falling softly, like they already understand the art of letting go. The sky - pale, blue and endless. The breeze - cool enough to make you hug your coat a little tighter, yet gentle enough to make you smile. Not just the place - but the rhythm, the stillness between moments. The way the breeze carries a kind of peace you can't describe, only feel... In Seoul, autumn whispers teaches that change doesn't always have to be chaotic. That season reminded me of who I was when life felt just right; the version of myself that existed there. It was reminder that even endings can be beautiful. That sometimes, letting go doesn't mean losing. Even now, miles away, when I close my eyes and the wind brushes past, I can almost hear it - the faint whisper of Seoul, telling me that peace is a feeling I once found there... In Seoul, I learned that sil...

Bahagia itu sederhana

Image
Hidup ni bukan selalu indah. Dalam perjalanan hidup ni, banyak yang aku belajar. Kadang kala aku tak mampu bertemu dengan jawapan "kenapa", sebaliknya belajar berdamai dengan takdir.  Mungkin Tuhan bagi selekoh dalam perjalanan - untuk perlahankan perjalanan sebentar, lihat pemandangan sekeliling dan berfikir. Belajar sabar. Belajar menerima. Umpama bila hari hujan. Daripada melayan rasa resah menunggu hujan berhenti, lebih baik buka payung dan terus berjalan. P/s Baru-baru ni aku layan cerita Jepun bertajuk Romantics Anonymous. Cerita tentang coklat yang menyentuh perasaan. Gambar hanya hiasan. Cantik kan bangunan style lama di Jeonju disirami cahaya lampu selepas hujan.

Pagi di Shah Alam

Image
Bila hari cuti, pagi pun terasa tenang. Tak perlu terkejar-kejar masa, tak perlu fikir jalan jam, entah pukul berapa nak sampai kerja. Semua benda jadi lebih manis bila tak terkejar-kejar.

Memori

Image
Langkah perlahan menikmati udara segar autumn dan pandangan mata tak pernah jemu memerhati daun hijau yang mula bertukar warna. Gunung, daun dan langit mendung autumn. Semua tu jadi sebahagian memori yang aku tahu, aku akan rindu sampai bila-bila.

Kecil Tapi Signifikan

Image
Kadang...kita tunggu benda besar untuk berubah. Big breakthrough mungkin. Turning point. Miracle moment. Padahal... hidup juga boleh berubah sebab perkara kecil. Habit baru. Cara fikir baru. Berani berkata "ya" atau berani melepaskan "tidak" pada perkara yang kita tak inginkan. Kecil. Tapi cukup untuk ubah haluan. Dalam hidup ni, banyak kali kita lalui secara autopilot. Bangun, scroll phone, kerja, balik, tidur. Ulang. Rutin. Sampai tak sedar pun apa kita rasa. Tapi bila kita cuba berhenti sekejap, tarik nafas, pandang sekeliling...hadir dalam momen tu - hidup rasa real. Kalau kita sentiasa kejar "lebih"...percayalah, ia takkan pernah habis. Lagi dikejar, lagi penat. Akan ada banyak benda baru nak dikejar. The moment kita belajar cakap "cukup"...kita boleh tenang. Enough is peace. Perbandingan? Honestly, it's a thief. Senyap-senyap, dia curi bahagia. Satu-satunya cara nak overcome ialah dengan gratitude. Hargai apa yang ada, bukan asyik kejar...

Nota, Kopi dan Seoul

Image
"Aesthetic." Aku ulang dalam hati sambil merenung langit biru Seoul. Kenapa semua benda kat sini nampak cantik? Even benda biasa-biasa pun, somehow ada jiwa. Ingat lagi masa aku duduk dalam satu kedai kopi di Hapjeong. Kedai kecil, meja kayu simple, pasu bunga kecil atas meja. Ada satu rak buku kecil, lagu acoustic slow. Simple, tak fancy.... tapi vibenya rasa real dan aesthetic. Rasa tenang dan complete. Aku menyusur pula sungai Han, penuh dengan orang briskwalk, jogging, mengayuh basikal. Ada yang baring melihat langit, couple jalan berpegang tangan. Aku pandang sekeliling dan rasa kagum - betapa orang Korea tahu hargai masa dalam bentuk biasa-biasa. Tak perlu grand vacation, tak perlu luxury. Kerana mereka sangat menghargai keindahan alam, berusaha protect keindahan tersebut dan akhirnya dapat menikmatinya. Angin autumn yang sejuk menyapa. Daun kuning ginkgo jatuh perlahan. Aku berhenti, tarik nafas dalam-dalam. Rasa macam dalam scene Kdrama, tapi bezanya...ini real! Terse...

Overthinking

Image
Pernah tak rasa otak tak reti duduk diam - Overthinking. Kadang-kadang otak ni macam mesin taip lama yang rosak - tersangkut-sangkut kat huruf yang sama. Berulang-ulang fikir perkara sama tanpa henti.  Benda kecil boleh jadi bahan perdebatan berhari-hari dalam kepala. Kata-kata orang lain yang mungkin keluar sepintas lalu, entah macamana boleh tersimpan dalam kepala, rewind macam kaset lama. Lepas tu mula berteka-teki "Apa maksud dia sebenarnya? Dia marah ke? Aku salah cakap ke?" Ironinya, dalam kepala ni dah macam penulis skrip drama Korea full episode. Ada intro, ada klimaks, ada ending tragis. Kitalah yang jadi penulis skrip, pengarah dan pelakon utama; membayangkan setiap kemungkinan, setiap scene, dialog, fikir babak sedih sendiri. Overthinking tu penat. Penat yang tak nampak dengan mata kasar. Padahal, bila dapat jawapan - tak ada apa-apa pun sebenarnya. Tak bersangkut paut dengan kita pun, pihak lain tu mungkin ada masalah lain. Ataupun kalau ada urusan yang kita risau...