Posts

Salam Jumaat

Image

#Deep

Image
#hlovatesays Buat awak yang mahu berubah. Berubahlah, walaupun payah Berubahlah,  ke arah hidup lebih indah Hidup dan masa muda sekali cuma Sanggup nak sia-siakan tanpa redha-Nya? May Allah bless (Nota daripada buku tulisan Hlovate bertajuk Versus)

Cara orang sekarang

Image
Cara orang sekarang. Info boleh dapat sekelip mata.  Gosip sampai jadi viral.  Soal jawab tidak perlu ambil masa lama.  Mesyuarat selesai di hujung jari.  Arahan tidak perlu bazir kertas.  Emoticon boleh ganti memek muka.  Sambil kerja bersosial.  Sambil santai pun perlu kerja.  Semuanya meredah sempadan lokasi.  Merentas batas masa. Itu cara sekarang. Masa hadapan mungkin lain pula caranya.

Ada masalah ke?

Image
Ada masalah ke kalau kita tak buang sampah merata-rata?  Kita rugi ke? Kita tak boleh survive?  Kita boleh mati ke?  Kalau awak jawab YA untuk semua soalan di atas,  saya faham kalau awak nak buang sampah merata-rata.  Kalau awak jawab TIDAK tapi buang sampah merata-rata,  maksudnya apa?  # mentalitijamban Sumber : Facebook

Siapa yang hilang?

Image
Tuan Blog ke Blog yang hilang ni? Sumber : Google

Bagaikan sekelip mata

Image
Begitu cepat rasanya Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Belum puas dan sempurna saya menyantuni kehadirannya, tiba-tiba seakan tidak sabar dia hendak pergi. Jika sisa-sisa waktu bersamanya ini dipersiakan, bimbang jika inilah peluang terakhir bertemunya. Mungkin lain kali bila dia hadir, saya tidak berkesempatan. Kiranya kebimbangan ini hanya tinggal bimbang, lantas saya hanya diam dan menyerah kalah kepada tuntutan nafsu dan kesibukan dunia semata, jadilah saya manusia paling rugi yang hanya tahu tetapi belum betul-betul sedar. Peluang hebat tak akan datang selalu. Rebutlah.

Mencari Idea

Image
"Be less curious about people and more curious about ideas" Marie Curie