Ruang kosong
Pernah tak berfikir tentang ruang kosong? Ada masalah dengan ruang kosong? Biasanya kalau kita biarkan sesuatu ruang itu kosong, kita rasa macam ada yang tak kena; seperti perlu diisi. Ambil contoh sebuah rak. Jika dibiarkan kosong, mesti macam pelik. Kalau kita tak rasa pelik, orang lain mungkin rasa pelik. Betul ke? Saya pun tidak sepenuhnya pasti. Mungkin kita memberi terlalu banyak tumpuan pada apa yang tidak ada, bukannya pada apa yang ada. Mungkin kita suka bila mempunyai banyak pilihan. Mungkin banyak pilihan selalu dikaitkan dengan banyak peluang. Contohnya, kita biasanya rasa bahawa mempunyai sepuluh baju adalah lebih baik daripada tiga; dan selalu ada ruang untuk satu lagi. Oleh itu, apabila yang semua dibawa pergi, kita berhadapan dengan apa yang tinggal; kekosongan, kekurangan pilihan, keinginan untuk ada lebih. Sebenarnya, ianya berkaitan perspektif. Ruang kosong mungkin menyebabkan kita berasa janggal dan tidak selesa pada mulanya, ...