Posts

Minta maaf kerana entry saya mengelirukan!

Image
Inilah akibatnya bila post entry secara express! Kurang kata2 yang ada hanya gambar. Sangkaan saya orang akan faham, rupanya tidak! Dan yang paling bahaya sekiranya orang lain buat anggapan yang salah...kannnn. Sebenarnya daripada info yang saya dapat, ini adalah gambar pemandu2 motosikal yang berhenti sebentar untuk menghormati detik satu saat semasa Malaysia Berkabung pada 22 Ogos yang lepas. Satu lagi kesalahan, saya tidak letakkan sumber gambar tersebut! Minta maaf semua...saya kena lebih berhati2 di masa akan datang... Pengajarannya, lain kali jangan post entry kalau tak cukup masa nak tulis cerita hehe...inilah akibatnya... Sebenarnya, rindu nak update blog dan blogwalking tapi masa semakin terbatas... Salam sayang semua!

Respect!

Image

Malaysia Berkabung ;(

Image

Sayu di KLIA

Image
Kebetulan saya berada di KLIA untuk berkursus selama 3 hari.  Sayunya rasa hati melihat konvoi kereta jenazah pagi tadi ke KLIA. Masih terasa seakan tidak percaya yang MH17 telah tiada. Kebetulan di radio sedang berkumandang lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman. Semoga Allah permudahkan bagi kita semua menghadapi dugaan ini....

Salam Jumaat :)

Image
Salam Sayang buat semua rakan-rakan blogger. Rindu sangat nak berziarah baca blog rakan-rakan semua. InsyaAllah saya akan datang berziarah lebih kerap dan bagi duit raya ya...azam sempena bulan Syawal ni hehe...insyaAllah semoga dipermudahkan :)

Perjalanan

Image
Life is indeed a journey...not a destination Salam Aidilfitri buat semua...Mohon maaf zahir dan batin... Semoga kita bertemu lagi insyaAllah..

MH17 bukan ujian buat mereka

Image
Tragedi MH17 bukanlah semata-mata ujian buat kaum keluarga penumpang-penumpang dan anak kapal yang telah menemui Pencipta. Ini adalah ujian buat kita semua; ujian buat Malaysia. Semoga Allah permudahkan. Hanya kepada-Nya jua kita mampu berserah....