Posts

Wordless TuesDaY...

Image

Ingatan utk diri....

Image
Ingatan utk diri saya sendiri yg seringkali lupa dan tersasar....maafkan saya!

Motivasi di mana2...

Image
Masa zaman saya sekolah rendah dulu, saya ada sebuah buku kecik yg saya tuliskan dengan sebarang kata2 motivasi... yang biasanya saya dapat dari pembacaan... Bila sekolah menengah, buku kecik telah bertukar kpd buku tebal hard cover bersaiz separuh drpd A4.. Bila saya di universiti, dinding bersebelahan katil dan dinding di meja study saya penuh dgn kad2 kecil bertulisan motivasi dan saya juga ada buku khas utk dituliskan sebarang kata2 motivasi yg saya dapat selalunya dari pembacaan juga... Dan bila dah berumahtangga dan kerja, saya masih lagi ada buku khas itu.... dan dinding2 di kubikel/ bilik pejabat saya akan penuh dgn kata2 motivasi :-) Sebab saya memang sukakan kata2 motivasi dan nampaknya memang saya sentiasa perlukan motivasi..... wahhh ni kes tak cukup motivasi lah ni yek! hehe...

Cabaran terbaru :-)

Image
Ingat tak entry tentang buku2 di bawah ni? Mestilah korang tak ingat...dan mungkin tak baca pun sebab memang budget blog ni tak glamour mana pun...hehe :-) Ini baru sikit dari buku2 yg saya beli sebab macam yg saya selalu beritahu kan....saya mmg selalu beli buku tp suuuusaaaahhhh sgt nak habiskan baca :-( So sekarang dah tahu kan kenapa saya ni harap jek suka beli buku tapi gaya macam org tak pernah baca buku....haaaa??! ye ke??... hehehe...ye lah tu kot, byk lagi tindak tanduk yg perlu diperbaiki, byk lagi ilmu yg perlu saya dapatkan dan byk lagi amalan yg perlu diperbaiki... mmmm....saya memang bukan manusia sempurna, dan tak mungkin akan jadi sempurna, cuma apa yang mampu saya usahakan adalah untuk menjadi lebih baik dari semalam...itupun belum tentu lagi kan?  kadang2 saya pun tak sedar yg cara dan sikap saya tidak disenangi at certain2 point of time, dan bila saya tersedar kemudiannya, tidak ada peluang utk menerangkan apakah sebenarnya yg kita cuba sampaikan....

Motivasi untuk diri...

Saya pernah kongsikan artikel yg ditulis oleh Hannah Keeley ini sebelum ini di  SINI Dan saya cuba utk kongsikan sekali lagi sebagai peringatan berterusan buat diri saya kerana cabaran menjadi ibu yang saya rasakan semakin berat! tabahlah wahai hati....anak2 adalah amanah Allah...semoga saya diberi kekuatan dan kesabaran, aminn...:-) Life isn't always going to go smoothly. In fact, the smooth times are the ones we rarely remember.... Motherhood is full of highs and lows that become permanently etched in our mind... We witness the smiles and we wipe the tears....but through it all, we remain strong and focus... "A ship in a harbor is safe, but that is not what a ship is built for" - God created each of us to make a difference in this world...and we can do that in every moment and every decision. Whenever we are choosing to use kind words instead of yelling...we are making a difference. Whenever we choose to hold rather that hit...we are making a difference. ...

Sepetang di Bagan Lalang, Sepang

Image
Jalan itu ku selusuri Bagi menikmati lukisan alam Lalu aku cuba mencari apakah sebenarnya Erti dan makna kehidupan Saban hari seperti perjalanan yang penuh cerita Pelbagai watak dan ragam Rasa dan warna yang pelbagai Kadang kala kita merasa bahagia yang diharap tidak berpenghujung Kadang kala resah dan gelisah meruntun perasaan Kekecewaan dan amarah juga menjengah Juga ada sendu dan kesedihan yang perlu ditelan Di akhir rasa itu kadang kala kita merasa letih Seringkali cuba mencari pengertian dan harapan Begitu tinggi cita-cita dan pelbagai perancangan Tugas dan tanggungjawab yang kadang kala tidak terkejarkan Oh Tuhan.....aku cuba mencari pengertian Tentang erti hidup dan kehidupan Lalu keindahan alam ciptaan-Mu menjentik kesyahduan Rupa-rupanya pengertian yang paling abadi adalah hubungan dengan Tuhan Di situlah tempat bermula dan pengakhiran yang abadi Perjalanan hidup ini hanya sandaran Menuju destinasi kekal Ya Allah...berila...

Jangan risau untuk berkreatif :-)

Image
Minggu lepas saya berkesempatan menghadiri kursus Strategic Thinking di Bagan Lalang, Sepang..... terima kasih kepada Encik Akmal dan Encik Megat selaku trainer kerana pengisian2 yang disampaikan sangat bermanfaat untuk kami dan cara penyampaian yg berkesan memudahkan pemahaman dan insyaAllah akan cuba untuk diamalkan. Terima kasih juga buat Encik Azim dan Cik Adliah selaku urusetia yg baik hati dan selalu tersenyum :-) Sepanjang berkursus tu cabaran yg agak sukar bagi saya ialah bila tiba part hendak berkreatif. Rasa seperti otak dah berkarat dan asyik nampak idea2 yg biasa saja. Nasib baik ramai kawan2 satu kumpulan yang sgt kreatif dan byk idea... terima kasih kepada ahli kumpulan dan ahli2 kursus yg lain...korang memang happening dan best! Tiba2 saya rasa kelakar pulak sebab bila dah habis kursus rasa gian pulak nak melukis dan mewarna....mana tidaknya dah lama rasanya tak pegang crayon sedangkan masa belajar dulu itulah salah satu favourite saya...nak kata berbakat tu mmg jauh...