Bagaimana hendak menjadikan MEMBACA satu kebiasaan atau habit?
“To acquire the habit of reading is to construct for yourself a refuge from almost all the miseries of life.” — W. Somerset Maugham Tetapkan masa - walaupun hanya 5-10 minit setiap kali kita berkesempatan membaca. Contohnya, 10 minit semasa bersarapan, 10 minit selepas makan tengahari, 10 minit semasa minum petang dan 10 minit sebelum tidur. Sekurang-kurangnya kita telah memperuntukkan 40 minit dalam sehari untuk membaca bukan? Dan cuba untuk tambah lagi masa yg telah diperuntukkan dari hari ke hari. Sentiasa bawa buku ke mana sahaja - saya sentiasa membawa buku di dalam beg walaupun kadang kala memang tidak berkesempatan untuk membaca di tempat2 tertentu tetapi sekurang2nya ia ada bila kita perlu. Dan saya mmg membaca semasa memandu tetapi pastikan hanya bila lampu isyarat merah ataupun mengalami kesesakan lalu lintas. Buat senarai buku2 yg perlu dibaca - senarai saya mmg panjang, percayalah! Cari tempat yg sesuai mengikut keadaan dan keselesaan - ada org perlukan tempat yg betul2 ...