Terima Seadanya
Hujan turun lebat pagi itu, mengaburkan pandangan luar tingkap sebuah bilik kecil di Iwaki. Kau dah rancang nak keluar jalan-jalan, mungkin mendaki bukit atau sekadar melepak di luar menikmati pemandangan. Tapi sekarang, semua rancangan tu macam hanyut dibawa arus hujan yang tak nampak tanda nak berhenti. Kau tengok jam. Pukul 9 pagi. Masih awal, tapi hujan masih tak ada tanda-tanda nak reda. Kau menghela nafas panjang, letak semula beg kat lantai. Dalam hati rasa sedikit kecewa. Mungkin juga terkilan. Hmmm teringat ungkapan Jepun "shikata ga nai" - "tak boleh buat apa, terima je". Bukan pasrah tanpa usaha tapi reda kerana hakikatnya, ada benda yang memang di luar kawalan kita. Kau duduk tepi tingkap, tengok titisan hujan jatuh satu-satu pada tingkap kaca. Sejuk, tenang. Hujan, bagi kau, selalu ada aura yang buat hati rasa damai. Kau renung jauh-jauh, biarkan fikiran melayang jauh. Dalam hidup, banyak benda yang kita tak boleh kawal. Tak kisah betapa kita berharap, ...