Posts

Heart and Seoul

Image
There are days when I find myself missing Seoul especially the autumn air. That quiet kind of beauty that doesn't try too hard. The leaves falling softly, like they already understand the art of letting go. The sky - pale, blue and endless. The breeze - cool enough to make you hug your coat a little tighter, yet gentle enough to make you smile. Not just the place - but the rhythm, the stillness between moments. The way the breeze carries a kind of peace you can't describe, only feel... In Seoul, autumn whispers teaches that change doesn't always have to be chaotic. That season reminded me of who I was when life felt just right; the version of myself that existed there. It was reminder that even endings can be beautiful. That sometimes, letting go doesn't mean losing. Even now, miles away, when I close my eyes and the wind brushes past, I can almost hear it - the faint whisper of Seoul, telling me that peace is a feeling I once found there... In Seoul, I learned that sil...

Bahagia itu sederhana

Image
Hidup ni bukan selalu indah. Dalam perjalanan hidup ni, banyak yang aku belajar. Kadang kala aku tak mampu bertemu dengan jawapan "kenapa", sebaliknya belajar berdamai dengan takdir.  Mungkin Tuhan bagi selekoh dalam perjalanan - untuk perlahankan perjalanan sebentar, lihat pemandangan sekeliling dan berfikir. Belajar sabar. Belajar menerima. Umpama bila hari hujan. Daripada melayan rasa resah menunggu hujan berhenti, lebih baik buka payung dan terus berjalan. P/s Baru-baru ni aku layan cerita Jepun bertajuk Romantics Anonymous. Cerita tentang coklat yang menyentuh perasaan. Gambar hanya hiasan. Cantik kan bangunan style lama di Jeonju disirami cahaya lampu selepas hujan.

Pagi di Shah Alam

Image
Bila hari cuti, pagi pun terasa tenang. Tak perlu terkejar-kejar masa, tak perlu fikir jalan jam, entah pukul berapa nak sampai kerja. Semua benda jadi lebih manis bila tak terkejar-kejar.

Memori

Image
Langkah perlahan menikmati udara segar autumn dan pandangan mata tak pernah jemu memerhati daun hijau yang mula bertukar warna. Gunung, daun dan langit mendung autumn. Semua tu jadi sebahagian memori yang aku tahu, aku akan rindu sampai bila-bila.

Kecil Tapi Signifikan

Image
Kadang...kita tunggu benda besar untuk berubah. Big breakthrough mungkin. Turning point. Miracle moment. Padahal... hidup juga boleh berubah sebab perkara kecil. Habit baru. Cara fikir baru. Berani berkata "ya" atau berani melepaskan "tidak" pada perkara yang kita tak inginkan. Kecil. Tapi cukup untuk ubah haluan. Dalam hidup ni, banyak kali kita lalui secara autopilot. Bangun, scroll phone, kerja, balik, tidur. Ulang. Rutin. Sampai tak sedar pun apa kita rasa. Tapi bila kita cuba berhenti sekejap, tarik nafas, pandang sekeliling...hadir dalam momen tu - hidup rasa real. Kalau kita sentiasa kejar "lebih"...percayalah, ia takkan pernah habis. Lagi dikejar, lagi penat. Akan ada banyak benda baru nak dikejar. The moment kita belajar cakap "cukup"...kita boleh tenang. Enough is peace. Perbandingan? Honestly, it's a thief. Senyap-senyap, dia curi bahagia. Satu-satunya cara nak overcome ialah dengan gratitude. Hargai apa yang ada, bukan asyik kejar...

Nota, Kopi dan Seoul

Image
"Aesthetic." Aku ulang dalam hati sambil merenung langit biru Seoul. Kenapa semua benda kat sini nampak cantik? Even benda biasa-biasa pun, somehow ada jiwa. Ingat lagi masa aku duduk dalam satu kedai kopi di Hapjeong. Kedai kecil, meja kayu simple, pasu bunga kecil atas meja. Ada satu rak buku kecil, lagu acoustic slow. Simple, tak fancy.... tapi vibenya rasa real dan aesthetic. Rasa tenang dan complete. Aku menyusur pula sungai Han, penuh dengan orang briskwalk, jogging, mengayuh basikal. Ada yang baring melihat langit, couple jalan berpegang tangan. Aku pandang sekeliling dan rasa kagum - betapa orang Korea tahu hargai masa dalam bentuk biasa-biasa. Tak perlu grand vacation, tak perlu luxury. Kerana mereka sangat menghargai keindahan alam, berusaha protect keindahan tersebut dan akhirnya dapat menikmatinya. Angin autumn yang sejuk menyapa. Daun kuning ginkgo jatuh perlahan. Aku berhenti, tarik nafas dalam-dalam. Rasa macam dalam scene Kdrama, tapi bezanya...ini real! Terse...

Overthinking

Image
Pernah tak rasa otak tak reti duduk diam - Overthinking. Kadang-kadang otak ni macam mesin taip lama yang rosak - tersangkut-sangkut kat huruf yang sama. Berulang-ulang fikir perkara sama tanpa henti.  Benda kecil boleh jadi bahan perdebatan berhari-hari dalam kepala. Kata-kata orang lain yang mungkin keluar sepintas lalu, entah macamana boleh tersimpan dalam kepala, rewind macam kaset lama. Lepas tu mula berteka-teki "Apa maksud dia sebenarnya? Dia marah ke? Aku salah cakap ke?" Ironinya, dalam kepala ni dah macam penulis skrip drama Korea full episode. Ada intro, ada klimaks, ada ending tragis. Kitalah yang jadi penulis skrip, pengarah dan pelakon utama; membayangkan setiap kemungkinan, setiap scene, dialog, fikir babak sedih sendiri. Overthinking tu penat. Penat yang tak nampak dengan mata kasar. Padahal, bila dapat jawapan - tak ada apa-apa pun sebenarnya. Tak bersangkut paut dengan kita pun, pihak lain tu mungkin ada masalah lain. Ataupun kalau ada urusan yang kita risau...

Usah jadi penunggu

Image
 Berapa banyak mimpi kita yang terbengkalai sebab kita asyik cakap "nanti"? Berapa banyak peluang yang pergi hanya sebab kita rasa belum bersedia? Hakikatnya, hidup tak pernah tunggu kita cukup ready . Hidup ni berjalan terus. Kalau kita tunggu saat sempurna, kita akan selamanya menjadi penunggu. Mula lah melangkah, sekecil bagaimanapun langkah itu. Kerana akhirnya yang akan kita sesalkan bukanlah kegagalan tetapi semua perkara yang kita tangguhkan. Sampai ia akan jadi dialog "kalau lah dulu aku buat...." Kita selalu fikir kita ada banyak masa. "Nanti aku mula. Nanti aku buat. Nanti bila keadaan dah sesuai." "Nanti" umpama alasan paling manis untuk bertangguh. Sampai akhirnya terlalu banyak hal yang kita tangguhkan kerana masa yang sesuai tidak pernah sampai. Hakikatnya hidup tak pernah tunggu sesiapa. Esok belum tentu jadi milik kita. Mulalah berjalan, kerana dalam perjalanan ini lah kita akan mula belajar menghadapi sebarang kemungkinan. Jangan...

Bahagia itu Subjektif

Image
 Aku cuma perlu ruang kecil yang jujur Di mana aku boleh memilih sederhana Memilih tulus walau tak dipandang Memilih sunyi, tenang dan menjadi diri sendiri. Pagi yang perlahan Langkah yang tak tergesa Petang yang hening Hati yang lapang, jiwa bernafas tanpa beban. Kerana sunyi itu bukan kekosongan Ia adalah ruang Tempat hati belajar mendengar. Sederhana itu bahagia Jujur itu kekuatan.

How Simple Life Can Be?

Image
Simplicity isn't just an aesthetic; it's a rhythm, a way of life. It wasn't just the spaces or the objects - it was the mindset. It wasn't about having less; it was about having enough. Enough space to breathe, enough time to savor and enough heart to appreciate the little things - a smile, the first sip of tea, the gentle hum of life moving around you. No clutter, no excess - just what mattered. In that moment, life felt beautifully simple. I wondered if that's what minimalism truly means; not just letting go of the unnecessary, but holding tightly to what brings peace.

Jangan biarkan cawan sendiri kosong

Image
Ada masanya, dalam hidup ni, kena berhenti dan tanya diri - "Kenapa aku nak kena berkorban untuk orang yang tak penting?" Bukan semua orang layak untuk dapat masa, tenaga dan perhatian kita. Aku rasa hidup ni singkat sangat untuk dibazirkan pada orang yang tak peduli. Tak berbaloi. Lebih baik simpan tenaga tu untuk orang yang betul-betul penting dalam hidup kita, yang menghargai setiap pengorbanan, sekecil apa pun. "Jaga hati kita dulu sebelum sibuk nak jaga hati orang lain." Kadang-kadang kita fokus nak buat orang lain senang sampai lupa diri sendiri dan orang yang benar-benar penting. Jangan salah faham bila cakap pasal pentingkan diri - bukan bermaksud kita tak peduli orang lain, tapi lebih kepada jaga apa yang penting untuk kita dahulu. Kalau cawan kita kosong, mana mungkin nak penuhkan cawan orang lain - "You can't pour from an empty cup". Utamakan diri sendiri ni sebenarnya satu bentuk self-care. Bukan kejam, tapi bijak. Self-love bukan tentang j...

Terima Seadanya

Image
Hujan turun lebat pagi itu, mengaburkan pandangan luar tingkap sebuah bilik kecil di Iwaki. Kau dah rancang nak keluar jalan-jalan, mungkin mendaki bukit atau sekadar melepak di luar menikmati pemandangan. Tapi sekarang, semua rancangan tu macam hanyut dibawa arus hujan yang tak nampak tanda nak berhenti. Kau tengok jam. Pukul 9 pagi. Masih awal, tapi hujan masih tak ada tanda-tanda nak reda. Kau menghela nafas panjang, letak semula beg kat lantai. Dalam hati rasa sedikit kecewa. Mungkin juga terkilan. Hmmm teringat ungkapan Jepun "shikata ga nai" - "tak boleh buat apa, terima je". Bukan pasrah tanpa usaha tapi reda kerana hakikatnya, ada benda yang memang di luar kawalan kita. Kau duduk tepi tingkap, tengok titisan hujan jatuh satu-satu pada tingkap kaca. Sejuk, tenang. Hujan, bagi kau, selalu ada aura yang buat hati rasa damai. Kau renung jauh-jauh, biarkan fikiran melayang jauh. Dalam hidup, banyak benda yang kita tak boleh kawal. Tak kisah betapa kita berharap, ...

Kemerdekaan Dalaman

Image
Kemerdekaan dalaman ni memang satu perjalanan yang penuh makna. Ia bukan sekadar bebas dari tekanan luar, tetapi juga tentang melepaskan belenggu yang kita sendiri cipta dalam diri. Bila kita tak lagi dikawal oleh ketakutan, rasa bersalah atau harapan yang tak realistik, masa tu lah kita betul-betul merdeka. Dalam perjalanan hidup, kita sering terikat dengan apa yang orang lain fikirkan tentang kita. Kita cuba penuhi ekspektasi keluarga, rakan-rakan dan masyarakat sampai lupa siapa diri kita yang sebenar. Kemerdekaan dalaman adalah tentang berani melepaskan keinginan untuk sentiasa disukai dan diterima. Kita mula sedar, pendapat orang lain tak perlu menentukan nilai diri kita. Berani menjadi diri sendiri, walaupun itu bermakna berbeza daripada orang lain. Kemerdekaan dalaman juga berkait dengan melepaskan masa lalu yang masih menghantui. Setiap orang ada sejarah - mungkin kesilapan, kegagalan atau kehilangan yang masih membelenggu. Tapi bila kita dah capai kemerdekaan dalaman, kita bel...

Hidup Bukan Rehearsal

Image
Bila terfikir tentang masa yang berlalu tanpa sedar, aku selalu terfikir betapa singkatnya hidup ni. Umpama sekeping tiket perjalanan sehala, tak ada u-turn, tak ada break point. Terlalu fikir apa yang ada di depan sampai terlupa nak enjoy the ride. Bila tengok kalendar, sedar-sedar, eh! dah masuk bulan baru...dah masuk tahun baru. Ahhh....bila ingat-ingat semula, baru perasan betapa banyak masa dah berlalu macam tu je. Bangun pagi, rasa terperangkap dalam rutin yang sama. Macam dah hafal setiap langkah yang kena ambil setiap hari. Bangun, pegi kerja, balik rumah, ulang lagi. Hidup dah jadi autopilot, paling teruk sekali kalau kita laluinya tanpa rasa, tanpa warna. Bila fikir-fikir semula, "Ni ke hidup yang aku nak?" Hidup ni sebenarnya lebih daripada tu. It's about living in the moment, bukan cuma tunggu masa depan yang belum tentu datang. Kadang-kadang, kita terlalu fokus pada benda-benda besar, sampai terlepas pandang pada detik-detik kecil yang sebenarnya buat hidup n...

Secawan Kopi di Pulau Jeju

Image
Pagi yang tenang di Pulau Jeju, berdekatan Seongsan Ilchulbong, tempat yang selalu jadi spot orang tengok matahari terbit. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut, lepak sekejap kat sebuah kafe tepi pantai. Kafe ni kecil sahaja tapi vibe cozy. Dinding kaca kafe bagi view terus ke laut yang terbentang luas, dengan ombak perlahan menghampiri pantai. Sambil duduk santai, bau kopi segar mula menyapa hidung. Ada sesuatu tentang bau kopi yang buatkan hati rasa tenang, macam semua masalah dalam dunia ni hilang sebentar. Macam dah lama tak rasa tenang macam ni. Pesan secawan Latte. Tak perlu yang fancy sangat, cukup dengan something simple yang boleh dinikmati dalam diam. Tak lama lepas tu, pelayan datang hantar kopi dengan satu senyuman. Kopi dalam cawan seramik putih, nampak minimalis, tapi ada sentuhan seni - macam setiap cawan kopi ada cerita tersendiri. Hirup perlahan. Panas kopi tu rasa perfect, tak terlalu pahit, tak terlalu manis. Macam balance yang dicari dalam hidup. Sambil min...

M.I.N.I.M.A.L.I.S

Salah satu perkara yang paling seronok tentang hidup minimalis adalah kelegaan yang datang bersama kebebasan. Bukan setakat jimat duit, tapi lebih dari itu - ia jimatkan tenaga dan minda daripada serabut fikirkan cara nak simpan, jaga, baiki, bersihkan dan akhirnya buang barang-barang yang kita kumpul bertahun-tahun. Bagi saya sendiri, setiap kali terfikir tentang macamana nak  uruskan semua barang fizikal ni, terus rasa sesak. Mungkin korang pun pernah rasa benda yang sama, kan? Bila kita cakap tentang kebebasan kewangan, ramai orang bayangkan jawapannya adalah dengan cari duit banyak-banyak. Tapi realitinya, tanpa disiplin dalam berbelanja, duit lebih yang kita kumpul tu akan habis pada benda-benda yang kita sendiri tak perasan. Hidup minimalis sebenarnya bukan sekadar gaya hidup; ia satu perjalanan panjang, macam lari marathon. Kalau kita ingat kita boleh capai hidup minimalis dengan satu pecutan - dengan terus membuang semua benda sekaligus - itu namanya cari pasal. Teringat se...

Mind Like Water

Image
 "Empty your mind, be formless. Shapeless, like water. If you put water into a cup, it becomes the cup. You put water into a bottle and it becomes the bottle. You put it in a teapot it becomes the teapot. Now, water can flow or it can crash. Be water my friend." - A quote from Bruce Lee- Bayangkan hidup kita ni macam laut yang luas. Kadang-kadang airnya tenang, memantulkan langit biru yang cerah. Tapi ada juga masa bergelora, ribut datang, ombak besar. Dalam semua situasi ni, cuba bayangkan diri kita macam air laut yang tenang - "Mind Like Water".  Bayangkan kita duduk tepi tasik yang tenang. Bila ada orang baling batu, airnya berkocak sekejap, lepas tu kembali tenang. Itulah konsep "Mind Like Water". Bila kita tahu macamana nak balik ke keadaan tenang lepas apa-apa gangguan, kita jadi lebih kuat. Falsafah ini datang dari seni mempertahankan diri kuno, di mana kita hanya respon kepada apa yang perlu, kemudian kembali tenang tapi tetap peka dan bersedia unt...

Tarik Nafas dan Move On

Image
Dalam hidup yang serba laju dan sibuk ni, kadang-kadang kita rasa macam tersekat dalam kesibukan itu sendiri, macam tak ada ruang nak bernafas. Bila hidup rasa berat, kepala serabut, cuba ambil masa sekejap. Tarik nafas dalam-dalam, rasakan udara memenuhi paru-paru, dan hembuskan perlahan-lahan. Perasan tak, ada rasa macam beban dilepaskan? Itu tanda badan dan fikiran kita sedang mula tenang. Kalau risau tentang apa yang akan jadi esok atau masih terperangkap dengan apa yang dah lepas, cuba tarik nafas. Fokus pada detik ni, sekarang ni. Tarikan nafas tu akan ingatkan kita yang masa sekarang adalah yang paling penting. Masa depan? Kita deal bila sampai masa. Kita selalu kejar masa, ke sana ke sini, tapi cuba tarik nafas dan biarkan masa berhenti sekejap. Nikmati setiap momen yang ada, sebab hidup ni terlalu singkat untuk kita lepaskan macam tu saja. Sekarang, sambil baca ni, cuba tarik nafas dalam-dalam. Rasakan bagaimana udara masuk dan keluar. Biar minda dan tubuh bernafas tanpa gangg...

Bila JUN datang menyapa

Image
Menyingkap keindahan dan kedamaian Menyimpan kenangan dalam tiap detiknya Membawa cinta dan harapan Menggugah hati yang sepi Menghangat jiwa yang lesu Semoga membawa kenangan tak terlupa Dalam hati selamanya ada

THOUGHTFUL THURSDAY

Image
 Quiet, calm embrace, Essence in simple moments, Life in quiet ease. Gentle, whispers breathe, Simple moments, pure and clear, Simplicity shines. Uncomplicated moments, Silence blooms unfold, Peaceful, pure delight. Gentle morning light, Joy in each sunbeam, Peace whispers through life.