Perkataan yang kita gunakan rupanya boleh menjadi lebih berkuasa daripada apa yang dapat kita bayangkan. Apa kata kita cuba gunakan kata-kata untuk mengubah keadaan kita, bukan setakat untuk menggambarkannya. Cuba lakukan ini: Pertama, jika orang menyapa, "Apa khabar?" Daripada menjawab dengan jawapan yang biasa seperti "Khabar baik", "Bolehlah...sihat", cuba kita bertindak balas dengan kekuatan atau tenaga. Beri mereka jawapan yang bersemangat. Contohnya, "Great!" atau "amat hebat!" Alhamdulillah. Secara tidak langsung kita pasti akan tersenyum. Kalau tak senyum simpul, senyum kambing pun jadilah. Bukankan senyum itu sedekah? Dan petua untuk nampak muda ceria sentiasa… Kedua, kita mungkin akan merasa tindak balas fizikal seperti lebih bertenaga dan bersemangat. Ketiga, kata-kata kita akan menghantar mesej kepada minda terutamanya minda separa sedar yang akan konsisten dengan perasaan yang hebat! atau amat ...