Posts

What would YOU change about your past if you could turn back time?

Image
Saya akan make sure saya tak tambah berat badan...erkkk :p (credit to google) (credit to google) Boleh baca orang lain punya kat sini

Cuba berfikiran positif...

Image
Hari ni rasa sangat mencabar dengan tugasan yang baru untuk tahun ini... Cuba mencari kekuatan...dan semangat walaupunnn...bukan mudah! Tapi bila tengok gambar-gambar si kecil ni rasa bersemangat sikit. Katakan yang ini tidak mustahil walaupun semestinya bukanlah mudah.

Pesanan Irfan Khairi

Image
Salam Ahad. Credit to FB Irfan Khairi

7 cara mendapatkan duit tanpa perlu bekerja?

Image
Seronok juga bila baca info ni hehe.... Yelah, siapa tak teringin kan....tak perlu kerja 8 pagi hingga 5 petang tapi boleh dapat duit untuk menyara hidup. Ada ke sesiapa nak teringin?  Paling tidak pun jadikan pendapatan sampingan. Betul tak? So kalau nak tahu apakah 7 cara tu, cuba baca info  KAT SINI Tapi ingat ya, apa-apa pun yang kita lakukan mesti ada minat, barulah tak rasa terbeban.

Motivasi luaran saya

Image
Salam Jumaat. Memandangkan masih lagi di dalam mood bulan Januari tahun baru, antara azam yang perlu sentiasa dipahat ialah mendapatkan motivasi bagi menjadi manusia yang sentiasa mencari-cari kebaikan dan kecemerlangan. Dari segala aspek. Sama ada untuk diri sendiri mahupun orang lain. Mengikut bidang psikologi, motivasi seseorang individu boleh dibahagikan kepada dua iaitu motivasi dalaman dan motivasi luaran. SUMBER Pastinya motivasi dalaman yang datang daripada kesedaran dalam diri kita adalah yang terbaik dan akan bertahan. Motivasi luaran lebih dipengaruhi oleh faktor-faktor kebendaan, penghargaan ataupun ganjaran yang hanya bersifat sementara. Jangan terlalu berharap kepada motivasi luaran.  Tapi tak salah pun jika ada faktor luaran yang menjadi pendorong kerana pada saya ia seperti menambah perisa dan keseronokan motivasi dalaman yang telah sedia ada dalam diri kita. Contohnya, saya memang sukakan QUOTES. Saya memang selalu mencatat-catat qu...

Teruskan bermimpi...

Image
"DREAMS fuel the fire, GOALS are the stepping stones to your dreams, and HABITS are the routines and rituals that support you along the way. Where people fall down is when they have goals without dreams to inspire them,  or goals without habits to support them,  or habits without any compelling dreams to pull them forward." -J.D.Meier-

Ruginya! Kenapalah saya baru tahu tips ni

Image
Baru je terima tips ni melalui whatsap pagi ni. credit to Google Rasa macam...alamakkkk ruginyaaaa! Anak saya dah darjah 6 dah barulah tahu. Itupun dah puas marah2, geram2, gaduh2 dengan anak dahhh selama 5 tahun ni. sharing from whatsap Senang kan kalau buat macam ni. Jimat masa dan air liur membebel-bebel..hehe Terima kasih kepada siapa yang kongsikan idea ni ya. Terima kasih banyak-banyak tak terhingga. Domo Arigato Gozaimasu. Hari ni jugak saya buat macam dalam tips ni laju-laju :p

Perpustakaan bukan hanya ada buku...

Image
Siapa suka pergi perpustakaan? Cuba angkat tangan sikit nak tengok hehe... Seingat saya masa zaman saya kecil2 dulu, hanya ada satu tempat je yang saya berani pergi sorang-sorang. Iaitu perpustakaan. Masa belum pandai pergi sendiri, mak bawak pergi perpustakaan awam kemudian tinggalkan saya baca buku sorang-sorang sementara tunggu mak siapkan kerja di pejabat mak kira-kira 2 km dari perpustakaan. Saya sekolah tadika masa tu. Biasanya tengahari mak datang bawak makan, lepas tu petang duduk semula sampai mak habis kerja.  Bila sekolah rendah, hari Sabtu mak kerja. Perpustakaan pulak buka separuh hari. Jadi pagi-pagi kami naik bas ramai2 pergi ke perpustakaan awam yang jauhnya kalau tak silaplah ada jugak dalam 6-8km. Kadang-kadang kami jalan kaki ramai-ramai. Seharian duduk dalam tu. Seronok sangat. Zaman tu mana ada smartphone, playstation semuanya. So mengadap buku je lah.  Kesian budak2 sekarang, dah macam takde life asyik mengadap telefon dan game. Sekolah...

Jenis-jenis Blogger

Image
Sedang sibuk mencari-cari info kononnya di hari Sabtu ni, terjumpa pulak info tentang jenis-jenis blogger. Rasanya korang masuk kategori yang mana? Saya cuma boleh masuk kategori HOBBYIST je. Tujuan asal berblogging adalah sebagai online diary dan online notes. Gara-gara terlalu banyak archive email-email menarik yang kawan2 forward sampai dah nak maksimum email storage saya. Kemudian tambah seronok lagi sebab ada iklan Nuffnang. Walaupun Nuffnang dah tak nak kawan saya lagi, langsung dah tak bagi saya CPUV dah, tapi tetap nak ucapkan terima kasih pada Nuffnang sebab menambahkan seri pada blog saya. Kemudian sangat berbesar hati sebab ada kawan2 blogger yang sudi singgah blog picisan yang hidup segan mati tak mahu ni huhu. Walaupun kadang2 saya menyinggah ke blog kawan2 tak sempat nak komen, banyak betul info menarik yang saya dapat dari kawan2 semua. Terima kasih kerana sudi berkongsi info dan cerita :) Tahun 2015 ni, azam saya (kena ada usaha ya!) ad...

Akan ke kawasan dilanda banjir...

Image
Nama saya tercalon untuk misi ke kawasan dilanda banjir. Pagi ni dapat call dari boss. Rancangannya minggu depan kami kena pergi. Baru je cuti diluluskan untuk hari Isnin depan, untuk menguruskan anak-anak ke sekolah. Tiba-tiba. Alamak, cemas jugak rasanya. Macamana husband saya nak uruskan anak-anak kalau saya kena pergi lama. Ok, takpe. Bertenang. Semoga dipermudahkan. Harap-harap semuanya akan OK! Menghitung hari... . Sumber: Shutterstock.com

Alam pun ingin berbicara

Image
Saya selalu katakan ini. Bersahabatlah dengan alam.  Tapi jadilah sahabat yang baik. Bukan sahabat yang mengambil kesempatan di atas kebaikan sahabatnya. Ataupun sahabat yang tidak jujur. Jadilah sahabat sejati kerana alam adalah sahabat yang sangat taat pada Pencipta. Zikirnya sentiasa. Memandangnya adalah ketenangan. Memikirkannya akan terkenang kehebatan Pencipta. Bahasanya indah membawa pesanan daripada Yang Maha Berkuasa. Kadang-kala sepoi bahasa, kadang-kala seperti ribut taufan melanda. Lumrah kita sebagai manusia memang selalu lupa.  Kadang-kala terikut-ikut rasa tamak haloba. Mengorbankan alam atas alasan pembangunan. Tiada belas kasihan. Selalu juga kita ikut rasa malas. Ingin mudah dan bersenang-lenang. Dengan selamba membuang sampah di mana-mana yang kita suka. Asalkan kita bahagia, persetankanlah apa orang nak kata. "Bukan ke ada tukang kutip sampah? Itukan kerja mereka!". Dengan angkuh melempar kata-kata hanya kerana kita kononnya orang bekerja...