Posts

Kembali Pada Angan

Image
 Di malam yang gelap, bintang-bintang tersenyum Mimpi-mimpi terbentang di langit hening Kembali pada angan, sanubari yang tenang Mengukir kisah baru, dalam alunan masa Langit malam menyaksikan rahsia hati Impian yang pernah tumbuh di tanah harapan Kembali pada angan, membawa diri yang bercita Bukalah pintu  dalam peluk malam Biar langit biru cakrawala impian Langkahkan kaki, raih bintang di tangan Kembali pada angan, tuntun jalan penuh pengharapan Seperti pelangi di hujung hujan Dalam desiran angin, lagu-lagu mimpi Terukir kisah di buku takdir Kembali pada angan, oh jiwa yang bebas Bawa bersama keyakinan, terbang ke angkasa Jangan biarkan angan-angan luntur Seperti embun pagi yang menyinsing Kembali pada angan, di setiap detik yang beratur Jadikan puisi yang mengalun indah

Harum bunga di bulan Jun

Image
Riuhnya dunia tak henti berputar Cubalah lepaskan keresahan dan kekalutan Biarkan kasih menyelimuti  hati lara Menemukan ketenangan yang sempurna Belajar terima dan rangkul uniknya Bersama pengertian yang tulus Terlalu berharga untuk diabaikan Hirup aroma alam selami  jiwa Tenang bisikan angin menjadi syair Misteri alam menjadi indah bunga abadi dalam diri

Slow Down dan Enjoy!

Image
Busy betulkan dunia hari ini. Tanpa sedar, menjadikan begitu mudah untuk kita terlepas pandang nikmat-nikmat kecil sekeliling kita. Cuba slow down dan hargai moment yang bermakna walau sekecil manapun. Jom kita share kan antara simple pleasures yang kita boleh enjoy walaupun busy sampai tahap tak ingat dunia bak kata orang. 1. Jalan-jalan santai ataupun mindful walk . Bukan jalan laju-laju macam nak kejar punch card ataupun macam nak kejar dah terlambat mesyuarat tu ya. Ni jalan-jalan santai sambil menghirup udara segar dan menikmati pemandangan cantik. Make sure cari tempat yang sesuai ya. Jangan kita jalan santai-santai kalau tengah beratur dalam barisan pulak, nanti orang barisan belakang geram pulak tengok gaya terhegeh-hegeh kita hihihi... 2. Nikmati secawan kopi atau teh (ataupun apa-apa sahaja minuman kegemaran) . Inilah specialnya secawan kopi atau teh, sering dicari kalau orang nak hilangkan stress atau rasa nak berehat sekejap. Aksi minum kopi atau teh sambil berborak kosong ...

TENTANG CUKUP

 CUKUP adalah kata ringkas yang membawa makna besar. Tak terlalu banyak atau tak terlalu sedikit. Tepat pada ukuran yang diperlukan. Seimbang dan harmoni. CUKUP adalah sederhana, mencintai dan bahagia dengan apa adanya. Menemukan kebahagiaan dalam hal-hal kecil dan menikmati setiap momen. Rasa CUKUP adalah anugerah tak ternilai. Bahagia dalam tenang dan damai itu.

Sambutan Ramadhan yang Rare

Image
 Semuanya bermula dengan demam panas pada subuh Ahad minggu awal Ramadhan yang lepas. Sakit semua sendi-sendi badan, sakit kepala termasuk perut yang meragam. Pada awalnya, saya ingatkan badan masuk angin sebab makan keledek goreng petang Sabtu tu. Siap berazam lah tak akan sentuh dah keledek goreng walaupun saya hanya makan seketul. Terasa tua betul sebab makan seketul keledek pun 'kalah' dek angin. Hari isnin tu masih demam. Makan PCM memang tak berkurang langsung demam ni. Terpaksa telan pain killer, itupun dapat bantu terlena sekejap. Bila bangun, tak berkurang langsung sakit. Selera makan memang takde langsung, jadi secara logiknya memang dah start rasa loya dan muntah. Husband pulak kerja di Melaka, jadi terpaksa gagahkan diri drive ke klinik. Harapkan doktor test darah, tapi doktor cuma bagi MC 2 hari dan antibiotik. Hari Selasa suhu badan turun sikit dalam 38.2 degree celcius, tapi masih tak larat bangun, tak larat makan. Anak pun terpaksa ponteng sekolah dah 2 hari wal...

Yang Dirindui

 Bila dah lama tak mampu memperuntukkan sedikit masa untuk ekspressi diri di blog sendiri, pelbagai rencam rasanya. Rindu itu pasti. Ilham nak menyusun bait2 kata pun dah merajuk, hilang kerana lama diabaikan. Salah sendiri kerana tak pandai bahagi masa. Tapi ada perasaan lain yang bukan kali pertama saya rasakan. Ada rasa rindu pada rakan-rakan blogger yang lama tak disantuni. Maafkan saya. Tak pernah bertentang mata, bersua muka, mahupun saling menyapa. Tapi persahabatan itu istimewa.Saya doakan semuanya sentiasa bahagia dan gembira.

Selamat datang 2023

Image
 

Begitulah Kehidupan

Image
Scene 1 Kelihatan sepasang suami isteri sedang menyaksikan bunga api daripada tempat tinggal mereka yang sederhana di atas bumbung bangunan ( rooftop house ). Gembira. "Cantik sangat bunga api ni dari sini. Macam VIP seat!" kata si isteri pada si suami. "Betul tu, kita dapat dengar bunyinya dan dapat bau juga baunya dari sini". Kesederhanaan hidup tak membatasi mereka menghayati keindahan walaupun hanya dari sudut dan tempat yang mereka mampu. Scene 2 "Cuba tengok tu, cantiknya bunga api tu!" kata seorang suami kepada isterinya, dia sedang melihat bunga api daripada tingkap rumah mereka di sebuah apartment 15 tingkat. Mereka tinggal di level 5. Si isteri menjawab "Kita tak dapat dengar atau dapat baunya pun, tak best mana pun, lebih baik tengok saja dari TV ni". Mesti lagi cantik kalau dapat tengok dari tingkat 15, keluh si suami dalam hati. Scene 3 Di level 15 apartment yang sama.  Seorang isteri sedang kesedihan kerana suaminya tidak balik ke r...

KENANGAN

 Akan tiba masa Suatu tempat atau keadaan Hanya tinggal sejarah Yang kekal cuma pengalaman dan kenangan. Kiranya pengalaman itu manis Kita berharap ianya berulang Bahagianya bila berpeluang Raikan sahaja kenangan kiranya ia mustahil Andai ianya pengalaman pahit Kuat harapan untuk tidak berpaling lagi Besar usaha untuk tidak berulang Biarlah menjadi sebuah pengajaran Akhirnya nanti kita hanya mampu mengenang.

KESEIMBANGAN

Image
  "Make everything as simple as possible, but no simpler" - Albert Einstein- Secara teorinya pesanan itu menyuruh kita mencari keseimbangan; di antara terlalu banyak dan terlalu sedikit. Balance between too much and too little. Saya kira pesanan itu penting untuk berdepan dengan hidup seharian yang begitu pantas. Kalau kita usaha terlalu sedikit, bimbang terlepas banyak perkara. Tapi kalau berlebihan, bimbang memaksa diri lantas terlupa melihat yang benar-benar berharga. Bila dunia 'turning turtle' bak kata Topsy dalam Mary Poppins, tenangnya rasa bila berdepan dengan keindahan alam semulajadi. Mungkin kerana kita sebahagian daripada alam, melihat kepulan awan, sentuhlah rumput dan tanah dengan berkaki ayam. Tenang itu terasa, damai di jiwa. Teringat Gunung Kinabalu. Bukan mudah dapat peluang melihat puncaknya. Sejam dua sahaja dapat peluang di awal pagi sebelum ditutup awan tebal. Kalau mengikut info orang tempatan di situ, memang begitu kebiasaannya. Gunung Kinabal...

Hidup Bukan Mimpi

Image
Hidup bukan mimpi. Hidup perlu diteruskan sampai hujung nyawa. Mungkin berjuta orang hidup pada default settings atau autopilot mode , tanpa sedar yang rupanya kita boleh customize hidup kita mengikut corak dan acuan kita sendiri. Adakah hidup sekadar hidup atau hidup yang bermakna. Bak kata-kata The Last Jedi, "Peace and Purpose", kita tak boleh lari dari tujuan hidup. Sama ada tujuan kita dihidupkan atau tujuan kita hidup. Apa yang kita harapkan dan inginkan. Tentu banyak perkara yang kita boleh buat, tetapi apa yang kita perlu buat atau ingin buat?  Hidup mana pernah sempurna. Tak lari dari risiko, kalah, jatuh, sedih. Momen indah, bahagia, berjaya pun bukan kekal selama-lamanya.  Keluar dari ketakutan untuk edit dan tambah baik kehidupan. Belajar menghargai dan menghormati diri sendiri. Memang bukan mudah tapi bukan juga mustahil, insyaAllah kita doakan yang terbaik sepanjang perjalanan hidup yang tidak pernah tentu turun naiknya. Setiap impian datang dengan risiko ter...