Posts

Cermin Diri

Bukan sekali dua rasa nak berubah. Jadi manusia lebih baik. Yang malas, dirajinkan. Yang tak elok, dielokkan. Yang kurang, ditambah baik. Yang tak elok, dibuang. Yang belum dibuat, dimulakan. Macam-macam keinginan dan harapan untuk jadi lebih baik.  Pelbagai usaha dan cara. Baca buku motivasi maybe dapat amalkan dalam 30%. Sekejap ingat, selalu jugak lupa. Lama-lama kita buat- buat lupa sahaja. Sanggup juga bayar beratus untuk dengar ceramah motivasi. Musim PKP pun banyak ceramah motivasi online. Memang bagus untuk mengisi masa dan menambah motivasi. Bila dah lama sikit, dah ingat-ingat lupa bayang muka penceramah atau motivator. Dapatlah amalkan mungkin 50% hingga 60% daripada ceramah, itupun dah cukup bagus. Takpelah, bak kata orang sekarang; pelan- pelan kayuh. Kalau ada formula khas dan terbukti memang mudah. Malangnya, tiada. Nak berubah, nak berjaya, perlu ada usaha. Motivasi pun ada naik turun. Itu belum tambah dengan penat, lelah dan putus asa. Pendek kata, ada macam-macam ...

Motivasi melalui sajak

Dalam sibuk mencari-cari info di internet hari ni, terjumpa pula sajak lama yang saya sering ulang-ulang baca zaman kanak-kanak dulu. Saya tak pasti bagaimana saya jumpa sajak ni, yang pasti bukan melalui internet. Budak old school macam saya hanya mula kenal internet bila mula bekerja. Pasti saya terbaca di mana-mana buku atau majalah. Saya salin dalam buku nota. Dan seingat saya, sering juga saya ulang-ulang membacanya kuat-kuat bila duduk seorang diri. Tak pasti apa yang istimewa tentang sajak ini. Tapi seolah-olah ianya sebahagian sumber motivasi saya berdepan dengan kesukaran hidup zaman kanak-kanak.  " Leisure By W. H. Davies What is this life if, full of care, We have no time to stand and stare No time to stand beneath the boughs, And stare as long as sheep and cows No time to see, when woods we pass, Where squirrels hide their nuts in grass No time to see, in broad daylight, Streams full of stars, like skies at night No time to turn at Beauty's glance, And watch her fe...

Nota hari ini

Image

Monday Motivation

Image

Nasib Si Ketot

Image
Bercakap tentang kucing-kucing jalanan, memang dah biasa sangat kelihatan di taman perumahan kami. Pantang masuk waktu makan, beratur ramai-ramai di depan gate rumah. Bila tengok, rasa kelakar pun ada. Termasuklah kucing yang seekor ini. Kami panggil dia Ketot. Si Ketot, anak kucing yang ditinggalkan ibunya di dalam kawasan rumah kami. Sepatutnya ada 3 beradik tapi 2 ekor lagi mati sebab sakit agaknya. Mengenangkan yang dia masih baby, nak tak nak terpaksa kami beri makan dan sediakan tempat tidur sebab kesiankan nasib dia. Nak bawak masuk rumah tak mampu sebab risaukan anak-anak yang alergik. Gelagat Si Ketot memang menghiburkan. Suka main bola, sejenis yang tak reti duduk diam. Kadang-kadang rasa kesian juga pada Si Ketot sebab tak dapat nak bawak dia masuk ke dalam rumah, especially sebab dia memang selalu selesema dan bersin-bersin. Saya cuma berharap dia dapat membesar dengan baik, bila masanya dah sesuai dia akan bawak diri 'mengembara' keliling taman macam kucing-kucing ...

PULANG

Image
Dalam tempoh tak sampai sebulan, dikejutkan dengan kematian dua orang kenalan sekerja. Masih muda. Sangat baik dan suka menolong. Pastinya tiada siapa dapat menjangka bila akan dipanggil pulang oleh-Nya ke negeri abadi. Saat itu akan tiba. Jaga diri semua. Moga yang ditinggalkan yang baik-baik sahaja. InsyaAllah....ameen.

Sharing is Caring

Perkongsian amanat daripada seorang leader tertinggi dalam satu organisasi kesihatan perkhidmatan awam dan juga seorang yang boleh dianggap sifu dalam bidang kualiti. Everybody has a part to play in quality Quality as a way of life  Quality is not static;  perlu ada  incremental improvemen t dalam kualiti Quality is a moving target Quality needed to minimise variations in work output/ outcome Quality through innovations  (tapi perlu ikut prosedur serba ada) Salah satu "mantera"/ kata2 hikmah dalam Kualiti :  "Steal Shamelessly, Share Selflessly" Beliau juga berkongsi cerita tentang perbualan di antara seorang tukang sapu sampah dan seorang presiden sebuah negara semasa lawatan presiden tersebut ke NASA di Houston, USA. Apabila ditanya oleh Mr. President : "Hi, May I know what are you doing?" Tukang sapu tersebut menjawab soalan itu dengan jawapan yang sangat tidak dijangka: "Can't you see yourself what I am doing? I am helping sending a man to the...

Ulangtahun

Diraikan atau meraikan. Meriah sambutan. Mungkin hambar. Dikelilingi ramai kenalan dan mungkin juga keseorangan. Penuh kemewahan, sekadar sederhana atau serba kekurangan. Mungkin tiada hadiah, sekadar ucapan tanda ingatan. Penuh keikhlasan. Mungkin meriah dek keraian dan hadiah mewah walaupun hanya sekadar luaran.  Mungkin hanya nilaian material. Mungkin kek dan jamuan sebagai ukuran. Mungkin ucapan dari ketulusan hati. Mungkin hanya ingatan dari kejauhan. Setiap tahun. Mungkin sama atau berbeza makna dan penghayatan. Ulangtahun.

Selagi berpeluang

Image

Be More You

"Be more you. Give yourself all the space, time and love to remember who you are.  Living with less clutter, busyness, and stress will help you make the room to do what you need to do. Living outside of yourself is exhausting. It will break you down. You'll take better care of yourself when you are more you." credit to Courtney@BeMoreWithLess

Rindu Tanpa Bicara

Image
Add caption