Posts

Showing posts from 2023

THOUGHTFUL THURSDAY

Image
 Quiet, calm embrace, Essence in simple moments, Life in quiet ease. Gentle, whispers breathe, Simple moments, pure and clear, Simplicity shines. Uncomplicated moments, Silence blooms unfold, Peaceful, pure delight. Gentle morning light, Joy in each sunbeam, Peace whispers through life.

Kembali Pada Kisah Yang Diharapkan

Image
Di bawah mentari yang memancar Hidup melangkah tanpa henti Dalam irama waktu yang berdansa Kau menari dalam rentak sendiri. Dalam kisah hidup yang ditulis takdir Setiap detik sebuah bab tersurat Lautan hidup mengajar ketabahan Janganlah gentar di hadapan badai Dalam setiap gelombang akan dikutip kekuatan. Teruslah menyanyi lagu kehidupan Dengan lirik cinta dan keberanian Di tengah lautan waktu yang tak terduga Setiap dari kita menjalani kisah hidupnya.  Setiap hari merupakan lembaran baru yang menanti untuk ditulis Hidup menyajikan cabaran dan peluang Keputusan dan pilihan adalah pena yang mencorak kisah Setiap langkah adalah kata-kata yang menari di atas kertas waktu Terkadang kita gagal, namun keberanian untuk bangkit membentuk keperibadian. Maknai setiap detik dan kisah. Biarkan kisah hidup menjadi karya yang memberi makna.

Kembali Pada Angan

Image
 Di malam yang gelap, bintang-bintang tersenyum Mimpi-mimpi terbentang di langit hening Kembali pada angan, sanubari yang tenang Mengukir kisah baru, dalam alunan masa Langit malam menyaksikan rahsia hati Impian yang pernah tumbuh di tanah harapan Kembali pada angan, membawa diri yang bercita Bukalah pintu  dalam peluk malam Biar langit biru cakrawala impian Langkahkan kaki, raih bintang di tangan Kembali pada angan, tuntun jalan penuh pengharapan Seperti pelangi di hujung hujan Dalam desiran angin, lagu-lagu mimpi Terukir kisah di buku takdir Kembali pada angan, oh jiwa yang bebas Bawa bersama keyakinan, terbang ke angkasa Jangan biarkan angan-angan luntur Seperti embun pagi yang menyinsing Kembali pada angan, di setiap detik yang beratur Jadikan puisi yang mengalun indah

Harum bunga di bulan Jun

Image
Riuhnya dunia tak henti berputar Cubalah lepaskan keresahan dan kekalutan Biarkan kasih menyelimuti  hati lara Menemukan ketenangan yang sempurna Belajar terima dan rangkul uniknya Bersama pengertian yang tulus Terlalu berharga untuk diabaikan Hirup aroma alam selami  jiwa Tenang bisikan angin menjadi syair Misteri alam menjadi indah bunga abadi dalam diri

Slow Down dan Enjoy!

Image
Busy betulkan dunia hari ini. Tanpa sedar, menjadikan begitu mudah untuk kita terlepas pandang nikmat-nikmat kecil sekeliling kita. Cuba slow down dan hargai moment yang bermakna walau sekecil manapun. Jom kita share kan antara simple pleasures yang kita boleh enjoy walaupun busy sampai tahap tak ingat dunia bak kata orang. 1. Jalan-jalan santai ataupun mindful walk . Bukan jalan laju-laju macam nak kejar punch card ataupun macam nak kejar dah terlambat mesyuarat tu ya. Ni jalan-jalan santai sambil menghirup udara segar dan menikmati pemandangan cantik. Make sure cari tempat yang sesuai ya. Jangan kita jalan santai-santai kalau tengah beratur dalam barisan pulak, nanti orang barisan belakang geram pulak tengok gaya terhegeh-hegeh kita hihihi... 2. Nikmati secawan kopi atau teh (ataupun apa-apa sahaja minuman kegemaran) . Inilah specialnya secawan kopi atau teh, sering dicari kalau orang nak hilangkan stress atau rasa nak berehat sekejap. Aksi minum kopi atau teh sambil berborak kosong ...

TENTANG CUKUP

 CUKUP adalah kata ringkas yang membawa makna besar. Tak terlalu banyak atau tak terlalu sedikit. Tepat pada ukuran yang diperlukan. Seimbang dan harmoni. CUKUP adalah sederhana, mencintai dan bahagia dengan apa adanya. Menemukan kebahagiaan dalam hal-hal kecil dan menikmati setiap momen. Rasa CUKUP adalah anugerah tak ternilai. Bahagia dalam tenang dan damai itu.

Sambutan Ramadhan yang Rare

Image
 Semuanya bermula dengan demam panas pada subuh Ahad minggu awal Ramadhan yang lepas. Sakit semua sendi-sendi badan, sakit kepala termasuk perut yang meragam. Pada awalnya, saya ingatkan badan masuk angin sebab makan keledek goreng petang Sabtu tu. Siap berazam lah tak akan sentuh dah keledek goreng walaupun saya hanya makan seketul. Terasa tua betul sebab makan seketul keledek pun 'kalah' dek angin. Hari isnin tu masih demam. Makan PCM memang tak berkurang langsung demam ni. Terpaksa telan pain killer, itupun dapat bantu terlena sekejap. Bila bangun, tak berkurang langsung sakit. Selera makan memang takde langsung, jadi secara logiknya memang dah start rasa loya dan muntah. Husband pulak kerja di Melaka, jadi terpaksa gagahkan diri drive ke klinik. Harapkan doktor test darah, tapi doktor cuma bagi MC 2 hari dan antibiotik. Hari Selasa suhu badan turun sikit dalam 38.2 degree celcius, tapi masih tak larat bangun, tak larat makan. Anak pun terpaksa ponteng sekolah dah 2 hari wal...

Yang Dirindui

 Bila dah lama tak mampu memperuntukkan sedikit masa untuk ekspressi diri di blog sendiri, pelbagai rencam rasanya. Rindu itu pasti. Ilham nak menyusun bait2 kata pun dah merajuk, hilang kerana lama diabaikan. Salah sendiri kerana tak pandai bahagi masa. Tapi ada perasaan lain yang bukan kali pertama saya rasakan. Ada rasa rindu pada rakan-rakan blogger yang lama tak disantuni. Maafkan saya. Tak pernah bertentang mata, bersua muka, mahupun saling menyapa. Tapi persahabatan itu istimewa.Saya doakan semuanya sentiasa bahagia dan gembira.

Selamat datang 2023

Image